Selangkah dua anak tangga: Kenali warga Malaysia juara pecut naik tangga pencakar langit merata dunia

Kepada pihak luar, larian menara mungkin kelihatan kurang menarik  dan melelahkan kerana peserta perlu mengatasi graviti dan mendaki anak-anak tangga yang tidak terhitung jumlahnya, tetapi bagi Wai Ching dalam sukan sebeginilah dia ketemui matlamat hidupnya. Dengan menggunakan pengetahuan yang dipelajarinya semasa mendapatkan ijazah muda dalam bidang sains sukan di Universiti Malaya, dia mengaturkan jadual latihan dan strategi perlumbaannya tersendiri. Dia mencatat dan menganalisa rekod-rekod lawannya sambil menyasarkan tumpuan untuk muncul sebagai juara nombor satu dunia dan seterusnya. “SAYA BOLEH MENJADI JUARA DUNIA BILA-BILA SAHAJA” Mengakui bahawa larian menara tidak sama terkenal seperti sukan-sukan lain, Wai Ching mengatakan, “Kalau anda temu ramah 10 orang, mungkin satu, atau tiada seorangpun, yang tahu tentang sukan ini.” Menurut suatu artikel di laman web Tower Running UK, lumba daki tangga kompetitif yang pertama kali diadakan berlangsung pada 14 Julai 1903, di Rue Foyatier yang terletak di Paris, “pendakian pecut berterusan sebanyak 256 anak tangga”. Dua tahun kemudian pada 1905, acara mendaki tangga menara pertama berlangsung di Menara Eiffel melibatkan 283 penyerta, menurut laman web tersebut.   Hari ini, sukan mendaki anak tangga ditadbir oleh Towerrunning World Association, yang mengurus sistem ranking global meliputi perlumbaan melibatkan struktur-struktur buatan manusia di serata dunia. Selain daripada mercu-mercu tanda yang disebut, acara-acara lain juga diadakan di tempat-tempat seperti Shanghai Tower, Komtar Tower di Penang, Willis Tower di Chicago dan Eureka Tower di Melbourne. Seorang peminat sukan berlari, Wai Ching telah dicabar menyertai larian mendaki tangga menara pada tahun 2017 oleh seorang rakannya ketika dia dalam tahun terakhir di universiti. Setelah berlatih sebulan sahaja, dia boleh tiba di garisan penamat hanya 13 saat di belakang juara acara, seorang warga Kenya, dalam acara mendaki KL Tower. Dia akhirnya berjaya menjadi johan acara tersebut dua tahun kemudian.

Selangkah dua anak tangga: Kenali warga Malaysia juara pecut naik tangga pencakar langit merata dunia

Kepada pihak luar, larian menara mungkin kelihatan kurang menarik  dan melelahkan kerana peserta perlu mengatasi graviti dan mendaki anak-anak tangga yang tidak terhitung jumlahnya, tetapi bagi Wai Ching dalam sukan sebeginilah dia ketemui matlamat hidupnya.

Dengan menggunakan pengetahuan yang dipelajarinya semasa mendapatkan ijazah muda dalam bidang sains sukan di Universiti Malaya, dia mengaturkan jadual latihan dan strategi perlumbaannya tersendiri. Dia mencatat dan menganalisa rekod-rekod lawannya sambil menyasarkan tumpuan untuk muncul sebagai juara nombor satu dunia dan seterusnya.

“SAYA BOLEH MENJADI JUARA DUNIA BILA-BILA SAHAJA”

Mengakui bahawa larian menara tidak sama terkenal seperti sukan-sukan lain, Wai Ching mengatakan, “Kalau anda temu ramah 10 orang, mungkin satu, atau tiada seorangpun, yang tahu tentang sukan ini.”

Menurut suatu artikel di laman web Tower Running UK, lumba daki tangga kompetitif yang pertama kali diadakan berlangsung pada 14 Julai 1903, di Rue Foyatier yang terletak di Paris, “pendakian pecut berterusan sebanyak 256 anak tangga”. Dua tahun kemudian pada 1905, acara mendaki tangga menara pertama berlangsung di Menara Eiffel melibatkan 283 penyerta, menurut laman web tersebut.  

Hari ini, sukan mendaki anak tangga ditadbir oleh Towerrunning World Association, yang mengurus sistem ranking global meliputi perlumbaan melibatkan struktur-struktur buatan manusia di serata dunia.

Selain daripada mercu-mercu tanda yang disebut, acara-acara lain juga diadakan di tempat-tempat seperti Shanghai Tower, Komtar Tower di Penang, Willis Tower di Chicago dan Eureka Tower di Melbourne.

Seorang peminat sukan berlari, Wai Ching telah dicabar menyertai larian mendaki tangga menara pada tahun 2017 oleh seorang rakannya ketika dia dalam tahun terakhir di universiti. Setelah berlatih sebulan sahaja, dia boleh tiba di garisan penamat hanya 13 saat di belakang juara acara, seorang warga Kenya, dalam acara mendaki KL Tower. Dia akhirnya berjaya menjadi johan acara tersebut dua tahun kemudian.